udang masak lemak cili api

ohoo..yaa sy mmg x selalu masak..apatah lagi sekarang duk sorang2 kat umah..dlm fridge pun kosong..sbb kalau beli pun bazir tak mkn..reput camtu saja..oleh sbb itu skills memasak x penah nak berkilat bahkan bertambah karat plak..oleh sbb itu resepi kena tulis ..nanti bila2 perlu boleh refer balik..satgi lupaaaaaa..takut serai pun dah x kenai camna rupa:))

BAHAN
1)udang
2)cili api
3)bawang besar (kisar)
4)bawang putih (kisar)
5)kunyit hidup (kisar)
6)2 buah keras (kisar)
7)santan
8)2 batang serai (ketuk)
9)daun kunyit
10)air dan garam
11) boleh jugak letak kacang panjang

CARA
1. rebus semua bahan kisar dengan sedkit air
2. masukkan serai n daun kunyit.biar masak
3. masukkan udang n santan
4. biar mendidih dan kacau.
5. taruk garam n gula.
6. taruk kacang panjang
7. makan

kaedah buang stress

KAEDAH UNTUK SUAMI

isteri sila buat urutan dikaki suami. menurut pakar shiatsu,urutan ringan di tumit dan kemudian ke seluruh kaki akan meningkatkan kecergasan dan juga memberikan kekuatan tenaga batin.

KAEDAH UNTUK ISTERI

encik suami sila mulakan urutan dengan menekan telapak kaki pada titik antara ibu jari kaki dengan jari2 lain. tekan selama lebih kurang 10 saat pada setiap kaki sebanyak 12 kali.

lakukan dengan penuh perasaan dan boleh jugak guna minyak yang wangi2…hohhoho

SILALAH BELI PEWANGI2 YANG BOLEH TARUK DLM AIR LALU MANDI.

 

BUANG STRESS DARI TEMPAT TIDUR

semua kerja2 ofis  yang tak siap tu silalah masukkan dlm beg plasttik dan simpan dalam tong sampah.

JAGA PEMAKANAN

elakkan masak atau mkn terlalu banyak daging merah,susu ataupun aiskrim. try cuba yang ni plak: cendawan shitake,lobak merah,sup,nasi,tiram -semua mkanan ni ada mineral yang diperlukan oleh badan. belilah rebina dan simpan dirumah..boleh la buat minum ketika tgk tv bersama2..air halia pun ok jugak!

sumber: mingguan wanita (oct 2009)

mengapa yahudi bijak

Mengapa cendikiawan dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan terdiri daripada kaun Yahudi? Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh mereka, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Mengapakah kaum Yahudi begitu pintar?
Pelbagai aspek yang menyumbang kepada ini termasuklah cara pemakanan, adat resam, pegangan agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan selainya.

Disini saya ingin menekan aspek yang paling penting dan utama iaitu persiapan melahirkan zuriat-pembinaan insan!

1- Di Israel, perkara pertama yang dilakukan oleh ibu setelah mengetahui yang dia sedang mengandung, si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama pasangan,dan akan membawa buku metamatik kemana-mana dan bertanya kepada kawan-kawan jika terdapat beberapa soalan yang tidak dapat diselesaikan. Jika ditanya adakah ini untuk anak kamu?Mereka akan menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak” dan mereka tanpa merasa jemu terus membuat latihan metamatik sehingga waktu bersalin.

2- Sejak di awal kehamilan lagi,ibu mengandung akan memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari pula menu utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.Ikan sungguh baik untuk perkembangan otak namun kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan daging tidak akan ada bersama dimeja sama sekali jika adanya ikan, kerana menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam dan menjadi satu kewajipan untuk semua ibu mengandung kaum Yahudi untuk mengamalkan pil minyak ikan sepanjang tempoh kehamilan.

3- Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

4- Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

5- Di tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Kesimpulanya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak tidak boleh dilaksanakan hanya semalaman, ianya memerlukan masa,mungkin mengambil masa sehingga beberapa generasi!Namun yang pasti persiapan awal dan yang paling utama adalah bermula ketika saat ibu mengandung lagi.

taken from:ayu

DIET PEMAKANAN IBU MENGANDUNG

salam..haa ini penting utk masukkan dlm entry sbb skang ni mmg bermasalah sungguh bila mai tang makan sbb makan ikut dan saja bila pi check doc haritu doc dah bising sbb berat naik 2.1kg dlm 4 weeks which berat yg patutnya kena naik 0.5 kg ja per month:p pastu try la mintak nurse explain cara mkn..dia cuma tunjuk pyramid mknan..sorry i x phm;p i need a fix schedule pasal mkn ni:p so hopefully entry dr ayu shuhana yang nak dipaste jap lagi ni dpt la bagi guideline for me to apply ;p. here goes:

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid makanan

Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

> Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya.

> Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid).

> Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

 

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan.

Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

 

barang baby

salam…

CLOTHES DIAPER (CD)

duk jenguk2 barang baby..wuhuu..excited plak rasa..haha..memula bukak blog yg jual cloth diaper (CD) saja survey2 harga dulu…paling mahal dlm RM37 per pieces dengan 2 INSERTs paling murah boleh dpt RM20 per pieces dengan 2 INSERTS…so far yg dah survey yg murah di lampinmoden.com dia ada harga pakej permulaan dpt 5 CD ngn 10 inserts dengan harga RM100 means satu CD ngn 2 inserts dpt RM20..pastu kat mama house plak jual CD saja RM11.50 tapi 1 insert harga RM5.00

BABY SITTER

pastu tgk2 kat littlewhiz.com plak…jual barang2 baby gak..link ni ayu yg kasi..thanks ayu. Bumbo Baby Sitter harga RM250.. takpe ni x yah beli lg baby kuar bukan boleh terus duduk:p

BABY CARRIER : RM230

Aldo: Ego Convertible Car Seat: RM299

apa beza car seat dengan baby carrier? confused dah..uhuh

ok nanti sambung nak buat entry len pulak..ahha

 

 

deeply stress

salam..minggu ni jadi sgt stress…emosi jadi unstable..kejap jadi ok kejap nak nangis..baru tau minggu ni mmg mood swing sbb pembawakan baby…akibat nya tadi hp dah berkecai…thanks sbb menambahkan sstress yg ada…now sakit perut…badan pun menggigil..nafas rasa sesak…i dont know if blood pressure naik…:(

diet during pregnancy

salam! alhamdulillah saye sudah pregnant 8 weeks…hhihi

tapi harini baru belek2 babycenter.com yang along kasi since few weeks ago..bukan ape…tak bole nak mengadap pc lama2..rasa nak muntah! hp pun xleh ngadap lama2..harini je ok sket..so..harini nak list out ape yang elok di makan since i am so blurr cemana nak mkn dengan betul for baby cause all this while makan ikut dan saja:p so here goes:

tips nak elak morning sickness:
makan sket tapi kerap dan bykkan minum air…:)

untuk 0- 8 weeks:
1. kena rajin amik ACID FOLIC..to be honest i hate taking pills:p kadang2 tu terlupa nak mkn ubat..cam harini terlupa nak mkn ubat lagi terus kuar g keje..satgi balik baru mkn…dan pagi tadi susu pun lupa nak minum…slalu breakfast minum susu dulu n biskut.

2. LUNCH: Broccoli and pea soup.

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar, dicincang
500g brokoli, dicincang
250g kacang pis beku
500ml susu soya tanpa gula yang diperkaya
stock Sayur-sayuran 500ml
Lada hitam, secukup rasa

Dalam periuk yang besar, tumis bawang besar dalam minyak sehingga lembut selama kira-kira 10 minit. Tambah brokoli dan kacang pis dan masak untuk beberapa minit, kacau. Tambah susu soya dan stock sayur, hingga mendidih. Perlahankan api, tutup kuali dan reneh selama kira-kira 20 minit sehingga brokoli lembut.
pastu buat lah cemana pun hahaa dan boleh hidang:p

3. kalau after 3 hours tu kebulurlapar balik..boleh lah makan orange..dalam babycenter ckp

orange with stem ginger and dates -< mende ni?:p

4. DINNER plak..boleh masak ni: –>hitam mata kacang basi <–kahkahkahmender la hitam mata kacang basi ni…bagus betul nama..hahah..okay2..

sebenarnya tergoogle translate istilah ni : black eye bean casserole  tapi yang dia kluar hitam mata kacang basi plak bwahahahaha..lawakkk lawakkkk..*pengsan*..dah2 toksah merapu..jom tgk camna nak buat kacang  mata hitam basi ni :)) :

http://www.babycenter.com.my/pregnancy/nutrition/diethealthypregnancy/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/plus-size/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/nutrition/eatingwell/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/nutrition/theworkingday/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/nutrition/eatingwell/outandabout/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/nutrition/eatingwell/pregnantandvegetarian/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/nutrition/diethealthypregnancy/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/nutrition/meal-planners-by-trimester/

lagu rindu..

Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biar ku dakap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya